Selasa, Oktober 5

Tips Mengatasi Stress & Tekanan

Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang
menyebabkan rasa tegang fizikal, emosional dan psikologi. Ianya
adalah biasa. Semua insan mengalami tekan yang berkaitan
dengan kerja, keluarga, keputusan , masa depan, dll.
Tekanan adalah fizikal serta mental. Ia di sebabkan oleh kejadian
utama kehidupan seperti kesakitan, kematian orang yang kita
sayangi, sesuatu perubahan dalam tanggungjawab atau dugaan di
tempat kerja, kenaikan pangkat, kerugian, masalah kewangan atau
perubahan yang tiba-tiba atau yang tidak dijangka. Sebagai
respons kepada tekanan harian , badan kita secra automatik
menambahkan tekanan darah, denyutan jantung, pernafasan,
metabolisme dan aliran darah ke otot anda. Respons ini bertujuan
untuk membantu badan anda bereaksi secara pantas dan
berkesan terhadap sesuatu keadaan yang tegang. Bagaimanapun,
apabila anda sentiasa bereaksi terhadap kedaan yang banyak
tekanan (stressful), sama ada kecil atau besar, tanpa membuat
penyesuaian fizikal, mental, dan emosional bagi menangani
kesannya, maka anda boleh mengalami tekanan yang boleh
menjejaskan kesihatan, kesejahteraan, tenaga, kecerdasan dan
hubungan peribadi dan profesional anda. Lantaran itu, anda perlu
memahami unsur-unsur utama yang boleh membawa tekanan
dalam kehidupan anda dan mengambil tindakan untuk
mencegahnya.
Perlu diingatkan tekanan boleh membawa kesan positif. Anda
perlu sedikit tekanan untuk membuat kerja anda dengan
cemerlang. Kunci untuk mengurus tekanan ialah untuk
memastikan tahap tekanan yang sesuai yang boleh memberi anda
tenaga, keghairahan dan motivasi dan juga tahap tekanan yang
boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan anda. Antara isu
dan peristiwa yang menyebabkan tekanan jiwa ialah perasaan
tidak mempunyai arah haluan; perasaan tidak dapat mengawal
sesuatu keadaan; rasa bersalah terhadap kelewatan atau kegagalan
untuk menyempurnakan komitmen; terlalu banyak komitmen
berbanding dengan masa yang ada; perubahan, terutamanya
perubahan yang anda sendiri tidak buat; sesuatu keadaan yang
tidak menentu dan dugaan tinggi terhadap diri anda. Kesan
tekanan bergantung kepada bagaimana kita memandangnya –
sikap . kita terhadap sesuatu keaddan. Misalnya, berpindah rumah
merupkan keadaan tekanan yang tinggi. Tetapi sama ada tekanan
yang anda alami itu melemahkan atau sangat menggembirakan
bergantung kepada bagaimana anda bereaksi terhadap situasi
yang tertentu itu. Adakah ia satu pengalaman pahit atau satu
cabarang yang merangsang?
Cara yang terbaik untuk menangani tekanan ialah untuk
membasminya. Misalnya, jika anda tahu anda mempunyai alergi
terhadap kain bulu biri, anda harus hentikan memakai pakaian itu.
Maka dengan itu tekanan anda akan hilang. Jika tekan anda adalah
disebabkan oleh sesuatu keadaan, anda perlu memilih sesuatu
teknik yang boleh digunakan dengan serta merta apabila
dihadapinya pada saat itu juga. Ubah tekanan anda kepada satu
motivator dengan memandang sesuatu keadaan secara
positif.Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan tekanan dan
tegangan dan berasa senang dan tenang. Berikut ialah tujuh cara
yang pada pendapat saya merupakan cara yang paling berkesan
bagi mengatasi tekanan dalam jiwa kita.
1) Senaman pernafasan.
Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk
mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan
otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui lubang
hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas
melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa
menhadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas.
Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk
mengekekalkan keadaan tenang. Senaman pernafasan ialah
berguna kerana ia boleh dibuat di mana- mana sahaja dan ia
membawa kesan positif dengan serta merta. Kita hendaklah
menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian.
2)Tafakur (Meditation)
Apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak
anda menjadi tenang dan hormon tertentu yang memajukan
kesihatan dibebaskan. Minda yang senang dan lega membantu kita
mengelakkan tekanan jiwa. Setiap hari kita perlu membelanjakan
sekurang-kurangnya lolima belas minit untuk bertafakur.
3)Penggambaran.
Penggambaran atau visualization membantu anda
membayangkan anda mencapai tujuan dan cita-cita anda seperti
menjadi sihat dan berasa tenang; menjalankan tugas serta
tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi konflik secara
berkesan. Juga, membayangkan anda membuat kerja yang anda
mencuba untuk menguasai dengan cemerlang sebenarnya
berfungsi sebagai latihan fizikal. Jadi, anda boleh
menambahbaikkan prestasi anda melalui penggambaran.
4)Pengurutan (Massage).
Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan
melegakan badan anda. Ia juga menambahkan kecerdasan minda
kita. Minta sahabat anda memberi massage atau dapatkan khidmat
seorang professional bagi membantu anda.
5)Kelegaan otot.
Berbaring, bersenang-senang dan dan membiarkan otot anda di
muka, tangan, bahu dan leher mengendur sekuarang-kurangnya
tiga minit. Latihan ini boleh dibuat mana-mana sahaja dan ini boleh
membantu anda berasa tenang dengan cepat dan mudah.
6)Muzik.
Terapi muzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka
yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik
yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan
badan dan mententeramkan minda anda. Anda perlu memilih
muzik ringan dan yang anda sukai dan denganya setiap hari.
7)Pengurusan masa.
Kenalpasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan
satu jadual supaya anda dapat menyiapkannya mengikut
keutamaan dengan tanpa melengah-lengahkan. Kenalpasti juga
kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gossip
kosong, perbualan telefon dan yang memebazirkan masa anda.
Membelanjakan masa yang lebih bagi membuat kerja yang lebih
penting.
Selain teknik yang diterangkan di atas, anda boleh main pelbagai
aktiviti dengan anak-anak; berjalan sekurang-kurangnya dua
kilometer sehari; pergi berenang di sungai atau pantai; beri
perhatian kepada pemakanan; tidur lapan jam setiap malam; dan
menuntun kartoon atau lawak jenaka (komedi) atau baca komik
(kerana mengikut pakar perubatan gelak ketawa dan kelucuan
melegakan otot, mengurangkan tekanan darah, menambahkan
tahap tenaga, dan menyegarkan sistem pernafasan dan darah
kita).
Sumber : http://asmakulo.blogspot.com/2010/08/tips-trik-
mengatasi-stress-dan-tekanan.html

Tidak ada komentar:

Posting Komentar